Asal usul kampung ini ialah kampung yang berhutan dan berpaya.
Tiada kemudahan asas ketika itu kampung yang terpinggir ( ketinggalan zaman )
tiada jalan, tiada perparitan dan hanya terdapat satu lorong jalan untuk
kegunaan orang jalan kaki sahaja, ketika itu tiada kenderaan mahupun namanya
basikal yang tiada kedapatan.
“ Pada 1902 kampung ini di pada mulanya di datangi oleh sekumpulan
kecil pendatang Indonesia keturunan jawa
cuba meneroka hutan berpaya ini untuk di jadikan satu kawasan penempatan
orang – orang jawa untuk berkebun dan bercucuk tanam . Ketika itu siapa sahaja
boleh meneroka secara ceroboh untuk mendapatkan kawasan tanah, siapa rajin,
siapa kuat berkebun dialah yang akan mendapat kebun yang banyak. Pendatang Indonesia
keturunan jawa yang meneroka kampung ini. Mereka datang daripada
Indonesia bersampan dan juga ada ceritanya ada yang menaiki kayu balak atau
seludang kelapa [ mancung kelapa / istilah bahasa jawa ]. Pendatang Indon
meneroka kampong ini sebahagiannya
pecahan daripada Parit Jawa, Parit Bakar dan Parit Pinang Seribu kerana
tempat ini adalah tempat Pendatang berkumpul. Kedatangan orang jawa ke tempat
[kampong ini ] menjadikan mereka hairan kerana Air dikawasan ini berwarna hitam
jernih. Maka sebab itulah kampung ini Di Namakan KAMPUNG AIR HITAM.
“Pada tahun 1912 diatas ke sepakatan pendatang orang-orang jawa
ini telah cuba membesarkan lorong yang ada di jadikan Jalan [ Maka jalan ini
yang menjadikan jalan besar utama hingga kini ] selain daripada itu jalan ini
juga telah menyambungkan Kampung Bakri [
sekarang Pekan Bakri ] dan Parit Jawa [sekarang Pekan Parit Jawa ].
“ Pada tahun 1915 jalan yang ada telah dapat di sambungkan ke
Parit Sulong [ sekarang Pekan Parit sulong ] Dan pada tahun ini juga
penduduk yang kurang dari 100 orang
telah dapat membentuk satu kepimpinan kecil untuk memudahkan urusan kampung,
Maka salah seorang daripada penduduk kampung yang bernama Hj Damin telah
dipilih sebagai ketua bagi menerajui kampung sebagai Penguhulu , Hj Md. Zin
sebagai ketua kampung. Selang berapa tahun berikutnya Penghulu Hj Damin meninggal dunia. Di atas
kematiannya di ganti dengan Hj Lajis sebagai Penghulu dan ketika itu dikenali
sebagai zaman jajahan Inggeris [ British ]. Banyak perstiwa berlaku di zaman itu. British dan Jepun telah
menaluki Tanah Melayu [ Malaysia sekarang ini ] di masa ini perebutan kuasa berlaku peperanga dan juga
berlaku perstiwa Jepun menentang British . British menentang Jepun dan Komunis.
“ Pada tahun 1920 Penghulu Hj Lajis meninggal dunia diganti oleh
Penghulu Jono. Di tahun inilah peneroka telah mengembangkan keluasan kebun
masing-masing hinggalah ke satu Bukit . Pada ketika ini peneroka cuba
menceroboh dikawasan bukit ini . Mereka telah diserang oleh Tabuan Naning. Maka
dengan sebab itulah Bukit ini dinamankan Bukit Naning. Inilah satu mercu tanda
yang terkenal dimasa ini daripada tahun 1942 – 1957 Tanah melayu dijajah dengan
Jajahan Jepun. British dan penentangnya ialah Komunis. Pada tahun 1957 Tanah
Melayu telah diperintah oleh Orang
Melayu sendiri secara Demokrasi
Pemerintahan bertukar tangan Penghulu
Jono meninggal dunia dan diturun
pentadbiran kampung kepada anaknya Hj Hadison manakala Hj Md Zin [ Ketua
Kampung } meninggal dan diturunkan kepada En Hussin Bin Hj Md Zin.
Ketika ini penubuhan JKKK Air Hitam
ditubuhkan, penghulu adalah Hj Hadison dan Ketua Kampung En Hussin . Tampuk
kepimpinan ketika itu dilantik daripada keturunan keluarga. Nama kampung ketika itu Kg Batu 14 – 17. Mukim Air Hitam Muar . Memandangkan kepesatan
penduduk kawasan ini telah dibagi kepada dua kawasan iaitu kampung Batu 14 –
16 dan kampung Bt 17. Kematian
Ketua Kampung En Hussin telah di ganti
oleh Hj Haron Bin Hj Md Yassin dan kematian Penghulu Hadison pula telah diganti
oleh Penghulu Hj Mustakim. Kg Batu 14 – 16 ialah mengambil nama dari jarak jauh
pusat Bandar Muar [ Maharani ] ke kampung sejauh 14 Batu.
Kampung ini adalah kampung tradisional dengan penduduknya 95% terdiri daripada orang Melayu keturunan jawa , sumber Ekonomi penduduk ialah daripada Berladang Kelapa Sawit, Tanaman Nenas, Penoreh Getah, Penternakan Lembu dan Kambing. Kerja Kilang, Kerja Kerajaan dan Berniaga. Kampung ini terletak di Mukim Ayer Hitam . PUcuk pimpinan telah di tabir oleh ketua Kampung Tn Hj Kudari Bin Kadi manakala Penghulunya Encik Mohd Afezan Bin Yahya.
Kampung ini adalah kampung tradisional dengan penduduknya 95% terdiri daripada orang Melayu keturunan jawa , sumber Ekonomi penduduk ialah daripada Berladang Kelapa Sawit, Tanaman Nenas, Penoreh Getah, Penternakan Lembu dan Kambing. Kerja Kilang, Kerja Kerajaan dan Berniaga. Kampung ini terletak di Mukim Ayer Hitam . PUcuk pimpinan telah di tabir oleh ketua Kampung Tn Hj Kudari Bin Kadi manakala Penghulunya Encik Mohd Afezan Bin Yahya.
Kampung ini duduk di dalam kawasan Dewan
Undangan Negeri [ DUN BUKIT NANING ] dengan diterajui oleh wakil rakyatnya YB
Dato’ Sri Hj Saifol Bahari Bin Suhib dan Dewann Parlemin diwakili Rakyatnya YB
Eng Teck Hwa bagi kawasan Parlemin Bakri. Kedudukan Kampung ini bersempadan dengan Mukim Parit Jawa [Sebelah
Barat] Mukim Jorak { Sebelah Utara } Mukim Seri Menanti [ sebelah Selatan ] dan
kampong Bt 17 [ sebelah Timur ].
Asalamualaikum..sya dicky..saya bangga jdi ank air hitam..batu 16..trima kasih..
ReplyDeletekenapa x der sejarah tentng kmpung parit haji anuar
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete